

Please follow this link for more details:
http://www.utusan.co...njimatan-minyak
Or this:
Hyundai didakwa berhubung penjimatan minyak
DETROIT 28 Feb. - Pengeluar kereta dari Korea, Hyundai Motor Co. dijangka menyelesaikan 38 kes mahkamah berhubung dakwaan penjimatan minyak kenderaan yang dijualnya.
Menerusi tuntutan yang dibuat melalui Mahkamah Daerah Amerika Syarikat minggu ini, Hyundai akan membayar pampasan kepada hampir sejuta pemilik kereta dan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dikeluarkan antara 2011 dan 2013, termasuk model sedan, Elantra.
Nilai keseluruhan pampasan tidak diumumkan, namun bayaran tersebut akan berdasarkan jenis kenderaan serta nilai penjimatan asal yang didakwa oleh Hyundai kepada pelanggannya.
Sebuah lagi jenama di bawah kumpulan yang sama, Kia Motors bagaimanapun, masih belum memutuskan untuk mengambil tindakan yang sama seperti Hyundai.
Sebelum ini, Agensi Perlindungan Alam Sekitar di Amerika Syarikat, mendapati 13 model milik Hyundai dan Kia tidak mencapai kadar penjimatan minyak seperti yang diumumkan kepada pembeli.
Sejam sebelum agensi tersebut mengumumkan hasil kajian itu, Hyundai mengambil keputusan untuk melakukan pembayaran pampasan sebanyak AS$88 (RM273) setahun kepada pelanggannya.
Sebahagian pembeli bagaimanapun enggan menerima bayaran tersebut dan mahu membawa perkara itu ke mahkamah.
Artikel Penuh: http://www.utusan.co...k#ixzz2MLZe4dNc
© Utusan Melayu (M) Bhd