Edaran Modenas Sediakan Bantuan Tepi Jalan Untuk Pemilik Kawasaki

Edaran Modenas Sediakan Bantuan Tepi Jalan Untuk Pemilik Kawasaki

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) kini menyediakan perkhidmatan bantuan tepi jalan kepada pemilik motosikal Kawasaki / Modenas. Bantuan ini disediakan oleh Multi Auto Rescue Sdn Bhd (MASA), iaitu pihak yang dilantik EMOS, terutamanya untuk perkhidmatan menunda. Mulai 1 November 2022, perkhidmatan ini ditawarkan pada kadar yang lebih rendah, sebagai perlindungan tambahan ketika kerosakan dimana pemilik moto akan menerima bantuan 24-jam daripada pihak pakar dalam masa yang singkat.

Kawasaki 24-7 Roadside Assistance_Modenas_Malaysia_Multi Auto Rescue Sdn BhdKhidmat bantuan yang ditawarkan adalah percuma bagi motosikal jenama Kawasaki dan Modenas “re-badge” yang dikilangkan pada tahun 2022, dan didaftarkan pada 1 Ogos 2022 dan seterusnya.

Berikut merupakan servis serta terma dan syarat yang telah ditetapkan dibawah program ini:

  • Khidmat tunda percuma sejauh 100 km pergi balik, di seluruh Malaysia, termasuk bandar-bandar utama di Sabah & Sarawak.
    • Sarawak : Kuching, Bintulu, Sibu, Miri, Sri Aman
    • Sabah : Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Lok Kawi, Sandakan, Tawau, Kota Murudu, Ranau, Kundasang, Keningau, Lahad Datu, Labuan, Papar
  • Untuk tundaan yang melebihi 100 km, bayaran sebanyak RM2.00 akan dikenakan bagi setiap kilometer.
  • Khidmat tunda meliputi segala jenis kerosakan yang berpunca dari enjin / motor serta kemalangan.
  • Setiap ahli layak menerima 4 kali perkhidmatan bantuan menunda percuma dalam masa setahun.
  • Khidmat servis ini sah dalam tempoh setahun SAHAJA selepas tarikh pendaftaran.

Kawasaki Z 250_Modenas“Kami di EMOS sentiasa mencari peluang dan cara baharu dalam menyediakan perkhidmatan tambah nilai kepada pengguna-pengguna motosikal kami. Dan kami tahu, tidak ada penunggang yang mahu berjalan sambil menolak motosikal berat mereka, malahan ada yang terpaksa meninggalkan ia terkandas ditepi lebuh raya. Dengan itu, kami menumpukan lebih masa dan sumber dalam memastikan pelanggan kami menerima bantuan tundaan dengan pantas, cekap dan selamat untuk kedua penunggang dan motosikal,” Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata.

Pemilik-pemilik motosikal jenama Kawasaki (atau Modenas “re-badge” yang berasaskan Kawasaki) yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian bebas tol Kawasaki Roadside Assistance 24/7 (1-800-88-0008), tidak kira siang atau malam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Kawasaki (https://www.kawasaki.com.my/home) atau menghubungi Kawasaki WhatsApp Careline (+6019-570 8135).

NO COMMENTS

Leave a Reply