Maxim Malaysia Mahu Menambah Bilangan Pemandu E-panggilan Mereka
Antara rancangan penambahbaikan kepada perkhidmatannya, Maxim Malaysia berhasrat untuk menambah bilangan pemandu e-panggilan mereka. Syarikat Maxim kini mengalu-alukan semua yang berminat untuk menyertainya sebagai Rakan-pemandu. Peluang ini dibuka kepada yang pada masa ini tidak mempunyai pekerjaan, pelajar lepasan universiti atau yang mencari pekerjaan separuh masa.
Sebagai Rakan-pemandu Maxim Malaysia, waktu kerja adalah fleksibel di mana anda dapat memilih waktu kerja yang diingini. Anda ada pilihan untuk menjadi Rakan-pemandu sepenuh masa atau separuh masa.
Perkhidmatan Maxim Malaysia kini beroperasi di 59 bandar di Malaysia, termasuk di Sabah, Sarawak dan Labuan. Maxim Malaysia berkembang kukuh dan tempahan pelanggan semakin meningkat setiap hari terutamanya ketika waktu hujan dan cuti sekolah.
Sebagai tambahan, Maxim Malaysia juga mencadangkan Rakan-pemandu supaya mengaktifkan aplikasi sebelum pergi ke kerja dan mencari penumpang yang ingin ke destinasi yang sama kerana ini dapat menjimatkan kos perjalanan Rakan-pemandu tersebut.
Pada masa ini, duit sampingan atau lebihan amatlah penting terutamanya untuk menangani jangkaan kenaikan kadar inflasi. Oleh itu, Maxim Malaysia merupakan salah satu platform untuk menjana pendapatan tambahan di mana sesiapa yang mempunyai pengangkutan boleh menyertainya. Dengan kesempatan ini, Rakan-pemandu separuh masa pun boleh dapat modal pusingan bahanapi kereta setiap bulan serta mempunyai pendapatan lebih untuk belanja.
Tambahan pula, Rakan-pemandu diberi kelebihan untuk memilih perjalanan di aplikasi. Ini dapat memudahkan Rakan-pemandu di mana anda boleh memilih perjalanan yang berdekatan dengan lokasi anda dan menyusun jadual perjalanan. Harga tempahan pun diketahui lebih awal. Oleh sebab itu Rakan-pemandu boleh menyasarkan pendapatan yang ingin dicapai.
Untuk yang berminat menjadi Rakan-pemandu, anda boleh memuat turun aplikasi Taxsee Driver dari Google Play atau Apple App Store. Pasukan Maxim akan menghubungi anda untuk maklumat lanjut selepas pendaftaran dalam talian.
Maxim Malaysia memandang serius tentang sistem sokongan kepada pelanggan serta Rakan-pemandu. Pihak Maxim boleh dihubungi semasa waktu bekerja melalui dalam talian, laman sosial dan di pejabat berdekatan.