Cadangan Perjalanan Dari Maxim Malaysia Semasa Cuaca Buruk
Monsun Timur Laut, yang biasanya bermula dari bulan November, merupakan musim tengkujuh yang dijangka beterusan sehingga akhir tahun. Musim cuaca buruk ini dijangkai membawa hujan lebat ke kebanyakan negeri-negeri terutamanya pada waktu petang.
Bagi penduduk di bandar, ini akan menyebabkan penggunaan kereta di jalanraya juga bertambah kerana segolongan pekerja yang biasanya menunggang motosikal akan menukar kepada memandu kereta. Pada hari hujan juga, yang biasanya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam akan menukar kepada perkhidmatan e-panggilan.
Maxim Malaysia merupakan salah satu perkhidmatan e-panggilan yang terkemuka di dunia dengan menawarkan harga yang berbaloi walaupun semasa hari hujan. Pengguna app ini juga dapat mengetahui kos perjalanan semasa membuat pesanan melalui aplikasi Maxim, walaupun ketika cuaca buruk atau kesesakan lalu lintas.
Untuk yang selalu menggunakan pengangkutan awam, anda tidak lagi perlu menunggu bas atau tren pada waktu hujan kalau anda menggunakan Maxim. Anda hanya perlu memilih destinasi anda di dalam aplikasi dan kereta e-panggilan Maxim akan membawa anda terus ke destinasi.
Tetapi waktu hujan juga merupakan waktu di mana permintaan untuk kereta e-panggilan melonjak. Berhubung degan ini, pihak Maxim Malaysia ingin mencadangkan beberapa langkah yang boleh digunakan oleh pengguna Maxim e-panggilan bagi memudahkan perjalanan:
- Membuat pesanan awal di aplikasi Maxim dan berhubung dengan bakal pemandu anda – Pilih tarikh dan masa yang anda mahu di bahagian pra tempahan. Para penumpang akan diberi akses untuk berhubung terus dengan pemandu yang akan menggambil nanti.
- Hubungi rakan untuk berkongsi kenderaan dan perjalanan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Penumpang Maxim juga boleh menambah 2 alamat penghantaran di mana pemandu akan menghantar penumpang-penumpang ke 2 alamat yang berbeza dalam 1 perjalanan.
Seperti yang dicadangkan, Maxim Malaysia percaya bahawa petua ini boleh memudahkan anda untuk mendapatkan kenderaan e-panggilan dengan lebih mudah dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Anda juga boleh membuat pesanan penghantaran barang dan makanan menggunakan aplikasi Maxim ketika cuaca buruk. Ini kerana pihak Maxim Malaysia juga mempunyai kereta sebagai kenderaan penghantar. Jadi, anda tidak lagi perlu risau dengan kerosakan barangan akibat hujan. Anda hanya perlu membuat pesanan melalui aplikasi Maxim dan memilih servis “penghantaran”.