Jump to content

Welcome to Autoworld Forum !

Sign In or Register to gain full access to our forums. By registering with us, you'll be able to discuss, share and private message with other members of our community.

Close
Photo

Wira hilang di Stesen Komuter Kajang


  • Please log in to reply

#1
udari66

Posted 07 December 2004 - 01:52 AM

udari66

    3rd Gear

  • Members
  • 3 posts
Saya ingin menarik perhatian pembaca forum ini, bahawa tempat letak kereta
di luar Stesen Komuter Kajang bertentangan dengan Tenaga Nasional Berhad
Kajang tidak lagi selamat - dari pencuri kereta.

Kejadian ini berlaku pada diri saya pada hari Isnin 06Dec,2004. Saya
selalu meletak kenderaan saya di situ sekitar pukul 6:20pagi (Isnin -
Jumaat) untuk menaiki komuter 6:28pagi ke Bank Negara. Apabila pulang dari
kerja dengan komuter yang tiba di Stesen Kajang sekitar jam 6:00petang,
saya terus keluar dari kawasan komuter yang berpagar itu ke tempat parking
di tepi Jalan Bukit bertentangan dengan Tenaga Nasional Kajang. Saya
begitu terperanjat kerana mendapati kereta saya telah tiada di situ. Puas
saya mencari di sekitarnya kalau-kalau saya tersalah letak kereta di
tempat yang lain, namun tidak juga berjumpa.

Saya yakin kereta saya telah dicuri orang, tapi untuk apa...?

Tempat saya meletak kereta saya itu telah di parking oleh sebuah van. Saya
menunggu pemiliknya untuk mendapat sedikit maklumat. Sambil menunggu, saya
berbual dengan pemandu Wira Aeroback yang parking di sebelah kereta saya.
Setelah agak lama menunggu, muncullah seorang perempuan Cina memasuki van
tersebut. Saya pun bertanya sejak bila dia mula parking di tempat
tersebut. Belaiu menjawabnya sekitar jam 5:00 petang. Maknanya kejadian
kereta saya dicuri berlaku lebih awal daripada itu, mungkin pada awal pagi
sesudah saya menaiki komuter ke Bank Negara.

Kalaulah saya seorang pencuri kereta di situ:
1. Saya tentu akan mencuri kereta yang baru / kelihatan cantik. Kereta
saya tidaklah tergolong dalam kategori ini.
2. Juga saya akan mencuri kereta yang tidak ada security tambahan. Saya
telah memasang batang besi pengunci antara gear dan brek tangan. Saya juga
memasang bracket pada setiap pengunci pintu untuk menghalang daripada
dibuka menggunakan batang besi yang dijolok pada pembuka pintu. Tombol
dekat setiap cermin pintu kereta juga tenggelam bila pintu kereta dikunci
menghalang daripada ia dikait daripada luar. Alarm sudah semestinya ada
seperti kereta yang lain.
3. Kalau saya menggunakan lori untuk menarik kereta, sudah tentu saya
pilih kereta yang mempunyai nilai yang tinggi. Mungkin Wira baru, Waja dan
sebagainya.

Saya cuba meninjau kereta yang parking di sekitar tempat tersebut dan saya
dapati ada Wira baru yang tidak ada security tambahan. Kereta baru yang
jenis lain pun banyak.

Persoalannya: adakah mereka telah mempunyai anak kunci yang bersesuaian
yang boleh membuka pintu kereta saya ? (Alarm sudah tentu boleh dimatikan,
dan batang besi pengunci antara gear dan brek tangan ?). Dan satu lagi,
mereka mungkin telah 'mark' kereta saya sekian lama.

Jadi di sini, sambil mengingatkan pemilik kereta yang meletak kereta di
kawasan tersebut supaya beringat dan mengambil langkah berjaga-jaga, saya
ingin meminta bantuan sesiapa yang terlihat kereta saya, hubungi saya di
talian seperti di bawah. Berikut adalah maklumat tentang kereta saya yang
hilang itu:

No. Plet: WGF 523 (didaftar pada 23Nov 1997)
Proton Wira Sedan 1.5GL
Warna Akik Grey (Kelabu)
Stering sport warna biru 14 inci (telahpun retak).
Sport Rim BSA.
Logo BSA di Rim hadapan sebelah kiri/kanan (tak pasti) telah tertanggal.
Logo AAM ditampal pada belakang kereta di sebelah kiri dan kanan.
Cermin belakang (atas) ada tulisan Jawi warna putih Bismillah...
Pemanas cermin belakang tidak bersambung wayarnya.

No. Telefon saya: 016-2795137

NOTA: Saya telahpun membuat report Polis; takut nanti kereta saya
digunakan untuk kerja-kerja yang menyalahi undang-undang seperti ROMPAKAN
dsb.

#2
izzi

Posted 07 December 2004 - 09:05 AM

izzi

    Fast & Furious

  • Members
  • PipPipPip
  • 1,108 posts
did u fixed any steering lock like Stoplock???

#3
udari66

Posted 07 December 2004 - 07:12 PM

udari66

    3rd Gear

  • Members
  • 3 posts
no, i just put d Batang Besi Lock one between gear and handbreak; as
mention earlier in my 'report'...

tadi sudah pergi buat rpt dgn AmAssurance d Jln Lumut. Have 2 wait 3-
6month at least to get the $$$. n also depend on police punya siasatan
whether to close the siasatan (cannot be found??) in ??? month. Kalau
police close the case earlier (in 2 months), i will get d $$$ dalam 3
bulan la.. Kalau polis lambat, sampai setahun, so i have to pay the
installment la sampai tutup case..

#4
firezy

Posted 07 December 2004 - 08:05 PM

firezy

    Heart Like a Wheel

  • Members
  • PipPipPipPipPipPip
  • 21,104 posts
udari66,
sorry to hear your car HILANG! i used to stay somewhere around there cos
study at UKM. Kajang or Serdang or Bangi are HOT places! i think your car
been on their TARGET list so now is waiting for the police close case so
that you can claim insurrance!
just can blame yourself bad luck because been MARKED althou your car
tends to be dirty and not really in a pleasant condition that will PLEASE
the Thief like saying CUM CUM AND STEAL ME!
maybe next time you should kamcing a bit with the KTM's people and
anything they will sms you! really no bluff! last time my fren bery
kamcing with them so parked motor also FREE!


#5
prozac51

Posted 08 December 2004 - 11:21 AM

prozac51

    Fast & Furious

  • Members
  • PipPipPip
  • 1,676 posts
udari66, pencuri kereta tak kisah sama ada kereta baru atau lama, mahal
ataupun murah. Sebiji kereta diorang boleh dapat dalam berpuluh2 ribu pun
lebih dpd cukup makan. Kalau kereta yang biasa kelihatan (seperti Wira
standard) lagi dia suka sebab senang untuk dihilangkan.

#6
H2O

Posted 09 December 2004 - 08:54 AM

H2O

    Tokyo Drifter

  • Members
  • PipPipPip
  • 3,052 posts
I thought ..Am Assurance now lunch the safe & faster claim???I saw news
paper ...

#7
ITEngineer

Posted 09 December 2004 - 04:59 PM

ITEngineer

    Taxi Driver

  • Members
  • PipPip
  • 490 posts
  • Gender:Male
dun't trust with ins co.

eg:
anbang
kuria

so far, i just trust ONLY Amerikan Assulance

i'm worked at finance co. before, their claim almost more than a year, they
just bluff to get easy money, having this experience almost 10 years...

#8
DDiong

Posted 13 December 2004 - 11:36 PM

DDiong

    Veteran

  • Members
  • PipPip
  • 192 posts
udari66,
Get the Unbreakable Autolock.Damn solid until no one wants to steal ur
car.You can get the Autolock at SmartShop outlets,and the price is RM248.

#9
udari66

Posted 19 December 2004 - 11:16 PM

udari66

    3rd Gear

  • Members
  • 3 posts
this Unbreakable Autolock "Damn solid" cannot lock my car anymore...