Jump to content

Welcome to Autoworld Forum !

Sign In or Register to gain full access to our forums. By registering with us, you'll be able to discuss, share and private message with other members of our community.

Close
Photo

reason for tol increase 2007


  • Please log in to reply

#1
mat123456

Posted 22 March 2007 - 02:32 PM

mat123456

    Road Warrior

  • Members
  • PipPip
  • 625 posts
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), Samy
Vellu berkata, LebuhRaya Utara-Selatan (Plus) mencatatkan kutipan tol
tertinggi iaitu RM70.71 juta dengan 11.74 juta kenderaan melalui plaza tol
di seluruh negara.

Kutipan kedua tertinggi membabitkan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan
Tengah (Elite) iaitu RM5.28 juta dengan 1.02 juta kenderaan.

Katanya, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak mencatatkan pungutan tol ketiga
tertinggi iaitu RM5.21 juta daripada 1.18 juta kenderaan, diikuti Jambatan
Pulau Pinang (RM4.21 juta/730,000 kenderaan) dan Lebuh Raya Pantai Timur
(Fasa 1) (RM2.34 juta/210,000 kenderaan) serta Lebuh Raya Damansara-
Puchong (LDP) (RM2.22 juta/2.72 juta kenderaan).

Syarikat konsesi lebuh raya mendakwa sebahagian besar daripada jumlah
kutipan tol yang diperoleh setiap tahun, terpaksa digunakan untuk
membiayai kos operasi membaik pulih, menyelenggara dan membayar hutang.

Sehubungan itu, mereka meminta orang ramai faham bahawa kutipan tinggi
yang diperoleh setiap tahun tidak bermakna mereka mendapat keuntungan
lumayan kerana sebahagian besar daripadanya digunakan untuk kos
penyelenggaraan.